Sunday, 25 February 2018

KESIMPULAN


Kesimpulan

Kesimpulannya, organisasi yang baik merupakan perkara yang amat penting kerana setiap organisasi yang diatur mengikut struktur yang jelas akan mencapai matlamat yang diingini. Setiap organisasi seharusnya mempunyai perancangan kerana perancangan merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi. Perancangan yang baik atau dibuat dengan teliti juga akan menjadikan setiap organisasi itu dapat dijalankan. Perancangan juga merupakan salah satu aspek yang diamalkan sejak dari awal islam lagi. Kini ia sudah berkembang mengikut peredaran dari masa ke semasa. Oleh kerana itu, penting untuk mengikuti organisasi dan orang yang masuk organisasi tersebut haruslah memiliki sifat yang bertanggungjawab dengan tugas yang dimilikinya. Dengan itu, sesebuah organisasi dapat menjalankan tugas dengan lancar dan teratur.


Cadangan

Cadangan yang ingin kami sampaikan adalah setiap organisasi perlulah membuat satu jadual atau carta untuk memudahkan sesuatu kerja berjalan. Selain itu, ia juga dapat membantu pekerja atau individu dengan melakukan kerja dengan komitmen. Setiap organisasi juga mestilah mengikut sistem yang berlandaskan syariat yang telah dietapkan oleh Allah S.W.T  kerana ini merupakan contoh yang baik kepada manusia dalam menguruskan hal urusan duniawi. Seterusnya, dalam sesebuah organisasi mestilah pemimpin yang berwibawa seperti Rasulullah SAW kerana gaya kepimpinan beliau amatlah bersifat penyayang dan boleh dijadikan tauladan kepada semua kerana beliau telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang diajar.

No comments:

Post a Comment